remember when we laugh we cry together you and me

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

2011年12月3日星期六

Video Mengajar Bentuk 3D

 
Video ini ialah mengajar cara melukis bentuk 3D



 
Video ini mengajar nama bentuk 3D dan memberi contoh bahan yang berbentuk 3D
 
Video ini mengajar cara melabel bentuk 3D

2011年11月29日星期二

Refleksi


Pengajaran ini dapat memberi konsep yang mudah tentang melukis bentuk 3D dan melabel bahagian bentuk 3D
Pengajaran ini dapat membantu murid melukis dan melabel bahagian daripada bentuk 3D dengan konsep yang mudah. Melalui langkah 2, murid diarahkan melukis bentuk 3D dan melabel bahagian bentuk 3D, guru memberi konsep yang mudah kepada murid untuk membantu murid melalui aktiviti di papan hitam. Pada mulanya, guru mengajar murid cara melukis 3D di papan hitam, selepas itu, guru menerapkan konsep cara melabel bahagian bentuk 3D. Akhirnya, murid diberi peluang untuk cuba melukis dan melabel bahagian bentuk 3D di papan hitam. Guru membetulkan kesilapan murid apabila mendapati murid melakukan kesalahan.

Pegajaran ini dapat memupuk semangat kerjasama antara.murid dengan murid.
            Pengajaran daripada RPH 3 ini dapat memupuk semangat kerjasama antara murid dengan murid. Semasa murid melakukan aktiviti kumpulan di langkah 3, murid akan diarahkan melabelkan bahagian bentuk 3D. Apabila aktiviti kumpulan dijalankan, mereka akan memilih 1 ketua kumpulan, dan ketua kumpulan akan membahagikan kerja kepada ahli kumpulan masing-masing. Sebagai contoh, murid A melabel bahagian bentuk kuboid manakala murid B melabel bahagian bentuk kubus. Semua ahli kumpulan akan bekerjasama menyelesaikan tugasan melabel bentuk 3d yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Guru menegaskan bahawa kerjasama antara ahli kumpulan adalah sangat penting semasa aktiviti kumpulan dijalankan. 

ABM yang digunakan haruslah lebih teknologi dan berwarna-warni
Alat Bantu Mengajar yang digunakan kurang dan tidak dapat menarik perhatian murid, ABM yang disediakan dalam pengajaran 3 ini tidak menarik dan tidak berwarna-warni, hal ini akan menyebabkan murid berasa bosan apabila belajar di dalam kelas. Oleh itu, kita harus menyediakan ABM yang lebih berwarna-warni untuk menarik perhatian murid, agar semua murid dapat menumpu perhatian semasa proses P&P dijalankan.
Aktiviti terlalu banyak masa terlalu singkat
            Masa yang dirancang pada pengajaran 3 ini terlalu singkat, kita telah merancang banyak aktiviti dalam RPH ini, oleh itu, aktiviti pengajaran haruslah dijalankan dengan secepat mungkin, dan aktivit yang makan masa panjang haruslah dikurangkan agar dapat menyelesaikan semua aktiviti dalam masa yang dijangkakan.

Cara yang boleh dibaiki
            Cara yang boleh dibaiki ialah menyediakann ABM yang lebih menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian murid, dan merancang aktiviti P&P dengan mengambilkira masa dengan tepat agar proses P&P dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Objektif yang harus disampaikan dapat dicapaikan selepas proses P&P.